Semangat!

December 01, 2011

Seketika Itu.

Seketika itu,
Di hati terdetik rasa keinginan,
Andaiku tahu bahaya penghinaan itu,
Demi Penguasa Hari Keagungan,
Aku seharusnya bertahan.


Seketika itu,
Diri mula berjinakan dengan arus bawaan Barat,
Mula mengangkat hinaan menjadi teman,
Kitab jua amalan ditinggalkan,
Cahaya keimanan hampir terpadam.

Seketika itu,
Hari ini cahaya itu telah malap sepenuhnya,
Perlakuan dusta dianggap biasa,
Bagaimana mampu Tuhan!
Hamba seakan mencabar kekuasaan Mu


Seketika itu,
Alasan demi alasan mula diberikan,
Pada diri bukan pada teman,
Dek keenakan dunia penuh tipu daya
Hanyut.

Seketika itu,
Nafsu melepasi batasan akal,
Tindakan tidak lagi berasas iman,
Maka persiapkanlah,
Dengan seksaan yang diringan-ringankan,
Menangguh ke jalan Tuhan,
Berbekal alasan Tuhan Pengampun kekhilafan.




November 28, 2011

Hati Hiba

Bila nafsu sudah kuasa,
Iman di dada dicampak hiba,
Lalu datang syaitan durjana,
Menghasut mendekat ke neraka

 Jangan jangan, katakan jangan,
Azab ALLAH tiada terbeban,
Hancurkan segala benteng kemungkinan,
Agar jiwa dapat diselamatkan.

Wahai hati janganlah mati,
Banyak juang sedang menanti,
Jika aku tidak kau kasihani,
Bimbangkanlah pengadilan tika akhirawi

Sehari-hari jiwa dibangun,
Tapi kau persiakan dengan mengelamun,
Ingat saat kita dihimpun,
Sesal tiada dosa dirumpun.



September 03, 2011

Maghfirallah a'la kulli muslim

Dia alpa,
Tuhan Maha Melihat,
Dia alpa,
Muhammad mengingatinya.
Betapa
Andai Muhammad,
Kau masih bernyawa sebagai manusia,
Sungguh, tidak lekang kegusaran dihatimu melihat dia,
 
Andai Muhammad,
Hari ini kau bertemu dia,
Alangkah aku tertanya bagaimana reaksimu,

Ya Muhammad Rasulullah,
Selamatkanlah dia dengan syafaatmu,
Pohonlah kepada Tuhanmu segunung keampunan baginya,

Maka Allah,
bergunakah lagi nyawanya Kau biarkan?
berterusan melakukan kemusnahan.

Manusia!
Sedarkah tubuh itu sekadar pinjaman?
Kehidupan itu satu pinjaman,
Kebahagiaan itu satu pinjaman,
Kesenangan itu satu pinjaman.

Sungguh!
Kau telah alpa,
Sekadar ucapan mengagung Tuhan
Sedang amalan berpandu syaitan.
Hipokrit terhadap pencipta!








June 17, 2011


FITRAH manusia itu lahir dengan kesucian jiwa, tatkala berlaku sesuatu kelahiran, kelaziman umat menyambut girang. Allahurabbi. 

 إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam

tugasmu bakal bermula wahai anak kecil, kau hari ini terpilih menjadi khalifah di muka bumi, kau adalah da'ie, penyambung tugas para nabi. perteguh iman kau sebelum kau masuk kepada masyarakatmu untuk menyeru kepada kebaikan, kerana bila hari berganti hari, kiamat meghampiri, maka umat makin menjauhkan diri dari ad-din,..wallahua'lam

June 11, 2011

an NaFs Wa soLaH

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
ASYHADU ALLA ILAH ILLAHAILLAH
...


Seketika azan SUBUH berkumandang, 
lalu bangkitlah anak ADAM mempersiapkan diri mengadap Ilahi.
Seutas demi seutas benang ikatan laknatullah di urai,
lantas menyegarkan tubuh hamba yang dikejar kematian.
Nikmat IMAN mula meresapi diri justeru melahirkan rasa tawaddhuk di dalam hati.
Terkenang kembali peristiwa lalu yang mengancam keselamatan akhirawi,
betapa semalam dia alpa akan kekuasaan Tuhan, 
betapa semalam dia terleka dengan janji syaitan, 
betapa semalam dia kecundang,
  ALLAH MAHA PENGAMPUN.
Selesai berwuduk, lalu digagahkan kaki melangkah ke rumah Tuhannya
Bahawasanya dia ingat, Tuhan tidak memerlukannya, bahkan dia yang memerlukan Tuhan. 
Setiap langkah diiringi az-zikr memuji Allah, 
direnung seketika langit ciptaan Yang Esa.
Teringat ia akan firman Tuhannya, 'langit dan bumi itu dulu adalah satu'.
SUBHANALLAH, sungguh Kau Maha Bijaksana ya Tuhanku
Sejenak kemudian ia tersentak 
Firman Allah yang mana mengkhabarkan runtuhnya langit di hari kiamat
Ketaran pada tubuh membayangkan saat itu. 
RUANG UTAMA MASJID ,
dia mencari sesuatu,, sejurus kemudian ia melangkah ke satu sudut.
Tersusun rapi kitab Al -Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ 

ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Ampunkan aku ya ALLAH, aku milikmu dan sesungguhnya tiada Tuhan selainMu, 
kepada-Mu jua kelak aku dihadapkan. 
Saat muazzin beriqamah, bangkit dia untuk menunaikan kefardhuan, 
saf pertama menjadi tujuan mengenang ganjaran lebihnya keberkatan yang hadapan. 
Sebaik imam mengangkat takbir, 
tiada leka dia menyegerakan takbirnya agar seiringan dengan para malaikat. 
Sayu ia mengadap Tuhannya, 
malu akan segala perbuatan dosanya, 
risau entah diterima solatnya atau dilempar para malaikat kembali ke daerah kehinaan.
Segala perbuatannya dirasa sia-sia tanpa keredhaan Tuhan, 
Tanpa sedar, dia hanyut dalam kasihnya kepada Ilahi.
...
..ALLAHUAKBAR..



Bila mana dia bersujud kepada ILLAHnya
terbayang ia pengakhiran hayatnya
bercucuran permata jernih jatuh jauh dari sudut hatinya. 
Apakah ia terlepas seksaan lubang neraka?, 
apakah kelak ia dibangkitkan sempurna seperti manusia?, 
apakah amalannya diterima?

SELESAI MENGHADAP ILAHI

Berdoa ia ke kehadrat Tuhannya, moga sempurna imannya,
dikuatkan pegangan agamanya,
diteguhkan pegetahuannya....juga

moga pengakhiran jiwanya di dunia
dengan redha-Nya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...