Semangat!

May 20, 2012

Al-Huda



Sering aku meminta-minta,
Untuk Kau datang membetul jiwa,
Sungguh sudah segala lara,
Tak jua meraih haruman syurga



Sering aku meminta-minta,
Sedang diri arah durjana,
Melaknat jasad tika di dunia,
Tika akhirat neraka membara


Allah, anta Rabbi
Maksiat manusia sentiasa ku caci,
Sedarku sedang memaki diri,
Apakah nasib manusia ini,
Menggadai akhirat, sedang itu yang abadi

Alahai, sedarlah wahai abdi!
Sungguh engkau tawanan Ilahi,
Walau jauh mana pun kau berlari,
Kepada Dia engkau kembali





Bekal akhirat bagaimana mampu,
Jika akal terdorong nafsu,
Hak dan batil kau jadikan satu
Neraka itu pasti kau temu.
Hina, Hina, Hinalah dirimu!!

December 17, 2011

Arif dan 'Suami'...:Perspektif Perundangan Malaysia

Ahlan wa sahlan wassalam. Recently, mmg da jadi satu isu hangat pasal perkahwinan homo antara seorang pemuda melayu ngan sorang mat salleh di Dublin. Dalam aku baca dan baca dan baca komen, yg berupa sumpah seranah manusia thorough the net, so aku terfikir satu persoalan, ''excuse me, government tak boleh buat apa2 kah dlm hal ni,well Arif ni Islam agame asal nye, Melayu bangsanye, Malaysia negaranye" so, this question ak panjangkan kat lecturer ak Sir Mahyuddin. Jadi, persoalan aku ni da terjawab dengan amat jelas, and aku nak kongsi kan kat kowg.
   Berikut jawapan Sir aku tanpa ak potong2, tambah ada skit..tuk definition sahaja.

Sir Mahyuddin:

::actually saya pun baru maklum tentang perkahwinan gay arif dgn org putih tuh. mula2 saya ingatkan gambar tu superimpose jer, tp since dah keluar suratkhabar, JPN pun dah mula siasat samada perkara ni betul atau tak.

Kalau kita ikut definisi perkahwinan dalam mana2 undang2 samada shariah / civil di negara ni, semua mentakrifkan kahwin tu - perikatan sah antara lelaki dan wanita yg menghalalkan sexual intercourse. tapi tidak ada undang2 di msia ni yang menghalalkan kahwin songsang mcm ni (be it civil or syariah).

Hanya sesetengah negara barat saja yang iktiraf kahwin sama jenis ni. Mereka benarkan perkahwinan tersebut didaftar ikut law. 

Skrg kita cuba tengok dari segi civil law. Bila kita tgk Federal Constitution Art 3, mmg betul Islam tu agama persekutuan. Dan kalau kita refer pada section 377A penal code, saya quote, 

"Any person who has sexual connection with another person
by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.

Explanation—Penetration is sufficient to constitute the sexual connection necessary to the offence described in this section.
Punishment for committing carnal intercourse against the order
of nature 

Section 377B. Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping. 

Maknanya dalam criminal law, sesiapa yang buat sex luar tabi'i mmg ada peruntukan undang2 untuk membolehkan pesalah didakwa. tapi of course, sebelum nk dakwa, mesti kena tangkap dulu kan? jadi, untuk perkara ni, kalau kita assume yang arif ni sudah buat sex luar tabi'i dgn mamat tu, mungkin boleh dakwa bawah section ini. tapi bukan some random people boleh saman sbb mungkin akan ada isu 'locus standi' dibangkitkan pula. 

Locus standi tu apa?
Australian jurist Leslie Stein defines it as:
"... the existence of a right of an individual or group of individuals ... to have a court enter upon an adjudication of an issue ... before that court by proceedings instigated by the individual or group."


Jadi dalam perkara ni, Peguam Negara Msia perlu memulakan saman bagi pihak masyarakat msia. dan of course, kalau ikut international law, kita perlu bawa Arif balik ke msia dulu, baru boleh prosecute. 

Berkenaan dengan jenayah yang dibuat di luar negara, penal code section 3 memperuntukkan, I quote:

"Any person liable by law to be tried for an offence committed
beyond the limits of Malaysia, shall be dealt with according to the
provisions of this Code for any act committed beyond Malaysia,
in the same manner as if such act had been committed within
Malaysia."

Tapi buat masa ini, rasanya masih belum ada peruntukan undang2 di malaysia untuk saman mana2 couple dgn alasan 'kahwin sama jenis'. 

Sudah tentu, perkahwinan dia itu tak sah disisi undang2 negara kita, be it civil or criminal. 

Kalau kita lihat section 40(2) Akta Undang undang keluarga islam wilayah persekutuan, i quote:

(2) Any person who marries, or purports to marry, or goes
through a form of marriage with, any person contrary to any of
the provisions of Part II commits an offence and shall be punished
with a fine not exceeding one thousand ringgit or with imprisonment not exceeding six months or both."

Lihat lagi dalam section 11 dan 12, akta yang sama:

Void marriages
11. A marriage shall be void unless all conditions necessary,
according to Hukum Syarak, for the validity thereof are satisfied.
Non-registrable marriages

12. (1) A marriage in contravention of this Act shall not be registrable under this Act.

Jadi, anyhow, mmg dari segi shariah law, arif telah melakukan kesalahan yang membolehkan beliau didakwa.

So should be no problem kalau kita nak dakwa. Cuma sblm dakwa, siasatan terperinci perlu dilakukan untuk mengelakkan kita membuat dakwaan yang tak berasas & later on (atas sebab2 tertentu), takut membuang masa mahkamah sahaja.

So, kowg boleh tau la kan whether it is appropriate or not for this stuff to be proceed.
Maaf post ini panjang sgt.Harap perkongsian berjaya.^^

December 01, 2011

Seketika Itu.

Seketika itu,
Di hati terdetik rasa keinginan,
Andaiku tahu bahaya penghinaan itu,
Demi Penguasa Hari Keagungan,
Aku seharusnya bertahan.


Seketika itu,
Diri mula berjinakan dengan arus bawaan Barat,
Mula mengangkat hinaan menjadi teman,
Kitab jua amalan ditinggalkan,
Cahaya keimanan hampir terpadam.

Seketika itu,
Hari ini cahaya itu telah malap sepenuhnya,
Perlakuan dusta dianggap biasa,
Bagaimana mampu Tuhan!
Hamba seakan mencabar kekuasaan Mu


Seketika itu,
Alasan demi alasan mula diberikan,
Pada diri bukan pada teman,
Dek keenakan dunia penuh tipu daya
Hanyut.

Seketika itu,
Nafsu melepasi batasan akal,
Tindakan tidak lagi berasas iman,
Maka persiapkanlah,
Dengan seksaan yang diringan-ringankan,
Menangguh ke jalan Tuhan,
Berbekal alasan Tuhan Pengampun kekhilafan.




November 28, 2011

Hati Hiba

Bila nafsu sudah kuasa,
Iman di dada dicampak hiba,
Lalu datang syaitan durjana,
Menghasut mendekat ke neraka

 Jangan jangan, katakan jangan,
Azab ALLAH tiada terbeban,
Hancurkan segala benteng kemungkinan,
Agar jiwa dapat diselamatkan.

Wahai hati janganlah mati,
Banyak juang sedang menanti,
Jika aku tidak kau kasihani,
Bimbangkanlah pengadilan tika akhirawi

Sehari-hari jiwa dibangun,
Tapi kau persiakan dengan mengelamun,
Ingat saat kita dihimpun,
Sesal tiada dosa dirumpun.



September 03, 2011

Maghfirallah a'la kulli muslim

Dia alpa,
Tuhan Maha Melihat,
Dia alpa,
Muhammad mengingatinya.
Betapa
Andai Muhammad,
Kau masih bernyawa sebagai manusia,
Sungguh, tidak lekang kegusaran dihatimu melihat dia,
 
Andai Muhammad,
Hari ini kau bertemu dia,
Alangkah aku tertanya bagaimana reaksimu,

Ya Muhammad Rasulullah,
Selamatkanlah dia dengan syafaatmu,
Pohonlah kepada Tuhanmu segunung keampunan baginya,

Maka Allah,
bergunakah lagi nyawanya Kau biarkan?
berterusan melakukan kemusnahan.

Manusia!
Sedarkah tubuh itu sekadar pinjaman?
Kehidupan itu satu pinjaman,
Kebahagiaan itu satu pinjaman,
Kesenangan itu satu pinjaman.

Sungguh!
Kau telah alpa,
Sekadar ucapan mengagung Tuhan
Sedang amalan berpandu syaitan.
Hipokrit terhadap pencipta!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...