Semangat!

November 28, 2011

Hati Hiba

Bila nafsu sudah kuasa,
Iman di dada dicampak hiba,
Lalu datang syaitan durjana,
Menghasut mendekat ke neraka

 Jangan jangan, katakan jangan,
Azab ALLAH tiada terbeban,
Hancurkan segala benteng kemungkinan,
Agar jiwa dapat diselamatkan.

Wahai hati janganlah mati,
Banyak juang sedang menanti,
Jika aku tidak kau kasihani,
Bimbangkanlah pengadilan tika akhirawi

Sehari-hari jiwa dibangun,
Tapi kau persiakan dengan mengelamun,
Ingat saat kita dihimpun,
Sesal tiada dosa dirumpun.



September 03, 2011

Maghfirallah a'la kulli muslim

Dia alpa,
Tuhan Maha Melihat,
Dia alpa,
Muhammad mengingatinya.
Betapa
Andai Muhammad,
Kau masih bernyawa sebagai manusia,
Sungguh, tidak lekang kegusaran dihatimu melihat dia,
 
Andai Muhammad,
Hari ini kau bertemu dia,
Alangkah aku tertanya bagaimana reaksimu,

Ya Muhammad Rasulullah,
Selamatkanlah dia dengan syafaatmu,
Pohonlah kepada Tuhanmu segunung keampunan baginya,

Maka Allah,
bergunakah lagi nyawanya Kau biarkan?
berterusan melakukan kemusnahan.

Manusia!
Sedarkah tubuh itu sekadar pinjaman?
Kehidupan itu satu pinjaman,
Kebahagiaan itu satu pinjaman,
Kesenangan itu satu pinjaman.

Sungguh!
Kau telah alpa,
Sekadar ucapan mengagung Tuhan
Sedang amalan berpandu syaitan.
Hipokrit terhadap pencipta!








June 17, 2011


FITRAH manusia itu lahir dengan kesucian jiwa, tatkala berlaku sesuatu kelahiran, kelaziman umat menyambut girang. Allahurabbi. 

 إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam

tugasmu bakal bermula wahai anak kecil, kau hari ini terpilih menjadi khalifah di muka bumi, kau adalah da'ie, penyambung tugas para nabi. perteguh iman kau sebelum kau masuk kepada masyarakatmu untuk menyeru kepada kebaikan, kerana bila hari berganti hari, kiamat meghampiri, maka umat makin menjauhkan diri dari ad-din,..wallahua'lam

June 11, 2011

an NaFs Wa soLaH

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
ASYHADU ALLA ILAH ILLAHAILLAH
...


Seketika azan SUBUH berkumandang, 
lalu bangkitlah anak ADAM mempersiapkan diri mengadap Ilahi.
Seutas demi seutas benang ikatan laknatullah di urai,
lantas menyegarkan tubuh hamba yang dikejar kematian.
Nikmat IMAN mula meresapi diri justeru melahirkan rasa tawaddhuk di dalam hati.
Terkenang kembali peristiwa lalu yang mengancam keselamatan akhirawi,
betapa semalam dia alpa akan kekuasaan Tuhan, 
betapa semalam dia terleka dengan janji syaitan, 
betapa semalam dia kecundang,
  ALLAH MAHA PENGAMPUN.
Selesai berwuduk, lalu digagahkan kaki melangkah ke rumah Tuhannya
Bahawasanya dia ingat, Tuhan tidak memerlukannya, bahkan dia yang memerlukan Tuhan. 
Setiap langkah diiringi az-zikr memuji Allah, 
direnung seketika langit ciptaan Yang Esa.
Teringat ia akan firman Tuhannya, 'langit dan bumi itu dulu adalah satu'.
SUBHANALLAH, sungguh Kau Maha Bijaksana ya Tuhanku
Sejenak kemudian ia tersentak 
Firman Allah yang mana mengkhabarkan runtuhnya langit di hari kiamat
Ketaran pada tubuh membayangkan saat itu. 
RUANG UTAMA MASJID ,
dia mencari sesuatu,, sejurus kemudian ia melangkah ke satu sudut.
Tersusun rapi kitab Al -Quran.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ 

ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Ampunkan aku ya ALLAH, aku milikmu dan sesungguhnya tiada Tuhan selainMu, 
kepada-Mu jua kelak aku dihadapkan. 
Saat muazzin beriqamah, bangkit dia untuk menunaikan kefardhuan, 
saf pertama menjadi tujuan mengenang ganjaran lebihnya keberkatan yang hadapan. 
Sebaik imam mengangkat takbir, 
tiada leka dia menyegerakan takbirnya agar seiringan dengan para malaikat. 
Sayu ia mengadap Tuhannya, 
malu akan segala perbuatan dosanya, 
risau entah diterima solatnya atau dilempar para malaikat kembali ke daerah kehinaan.
Segala perbuatannya dirasa sia-sia tanpa keredhaan Tuhan, 
Tanpa sedar, dia hanyut dalam kasihnya kepada Ilahi.
...
..ALLAHUAKBAR..



Bila mana dia bersujud kepada ILLAHnya
terbayang ia pengakhiran hayatnya
bercucuran permata jernih jatuh jauh dari sudut hatinya. 
Apakah ia terlepas seksaan lubang neraka?, 
apakah kelak ia dibangkitkan sempurna seperti manusia?, 
apakah amalannya diterima?

SELESAI MENGHADAP ILAHI

Berdoa ia ke kehadrat Tuhannya, moga sempurna imannya,
dikuatkan pegangan agamanya,
diteguhkan pegetahuannya....juga

moga pengakhiran jiwanya di dunia
dengan redha-Nya



April 28, 2011

CERMIN JARANG~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
i'm back with some more new story..beberapa hari yg lepas, ketika aku sedang menaiki bas, sedang bas merangkak-rangkak menyusuri bandar Seremban. angin yg bertiup sepoi-sepoi, lantas membuat aku mengelamun. sedang aku mengelamun, aik..citer ape nie?? huahuahua
it'z like this la kawan, satu hari tu aku naik bas menuju ke Seremban dan sampailah kat traffic light depan term 1. sedang menunggu traffic light tu tukar warne ak pandang la driver bas uh n ttibe terperasan ramainyer owg pandang ke kiri jalan, ooowwwhhh, apekah itu kawan? aku pon tolehlahkan,
ASTAGHA~!!! OMG!...apekah??
barulah aku perasan, ermm jgn salah paham erk...ini bukan 18SX..13PG jer..kot..huahua
adelah seorang negro girl gemuk berpakaian tak sesuai sedang jalan2 kat tepi jalan sebelah courts Seremban
tahukah anda apekah yg kami pandang?..ehh tukar ayat..mereka pandang?..huahua..
paham2 la kan bile da pakai tak sesuai cam tu, gemok lagi.Ya ALLAH..! Ok. now, itu bru negro, orang Islam mcm mane pulak?
adekah ini ikut Islam


ataupun ini?


kowg nilai.

Inilah fesyen bertudung yang masyarakat kita amalkan. Ikutlah perintah Allah dan Nabi melalui Al-Quran dan Hadis. mungkin kowg tak tau sebelum ni,dan semoga lepas kowg dah tau, tolong lah ubah fesyen bertudung kowg tu..please...:'(
jgn bagi kami kaum Adam taggung dosa kowg lagi...
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba kowg perhatikan pemakaian rahib wanita? dowg memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain kat sekeliling dowg then bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa!
ermm ak bukan ape bukan ke nabi ade sebut. . .

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

sume tau kan ayat ni.,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

aku sebenarnya susah sgt nak post kan bende nie,, tgk dari cer nogro girl tetibe masuk bab aurat..ak rase susah sebab ramai sgt kwn2 aku yg bertudung gitu...so tolong k...ak cume jalankan tugas je..kan ALLAH sebut. . .

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)



jadi..aku dah ingatkan, it's all depend on kowg r nak wat ape lepas nie...

 Firman Allah s.w.t, "Dan mohon ampunlah kamu kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia memberi kamu kesenangan yang baik, sehingga sampai ajalmu yang ditentukan; dan Dia memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang mempunyai kurnia. Jika kamu berpaling, sesungguhnya aku takut terhadap kamu akan seksaan hari yang besar." (Surah Hud :3)

wallahu'alam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...