Semangat!

March 19, 2011

sedarlah anak MELAYU..!

assalamualaikum ucapan insan hina nie kepada anak2 melayu kat luar sane..
sebelum mula ape kate kite tanye diri kite..ermm..
bangsa sape ye yg ramai kat serenti skunk?..
yg paling ramai mati kat atas jalan diseret kenderaan,..
yg ramai rosak mase remajenye..
yg skunk masih lagi belenggu dalam mase depan nyer..
yg ramai nyer hidu gam..yg ramai terlibat ngan masalah sosial???
persoalan yg amat mudah..bangsa sape tu..??cube sume check I/c..
tak len lagi bangsa kite..!!
anak melayu yg digalaskan kat bahu kite 
tanggungjawab untuk memimpin negara kite pade mase depan...
yg akan jadi perdana menteri..yg akan ketuai parti2 politik...
yg akan ubah sistem politik kat Malaysia nie...yg pasti...
amat pasti..generasi harapan bangsa...
tapi ape y dah jadi hari nie..?
MELAYU
ak nak tanye...kenape ngan diri kite..
ape yg dah ubah kite..?
cube bkak sejarah bangsa..
ape kite tak cukup gah ke?
cube namekan saje perwira zaman silam..
Hang Tuah..n pendekar berlima..
klu kowg sume tgk..Hikayat Merong Mahawangsa..
bkan ke Merong tu sowg anak Melayu..??
perhatikan sikap die...
die PENGECUT ke?
ulang..
die PENGECUT ke?
TAK..!
sebab die owg melayu..Hang Tuah pernah kate..
'takkan melayu hilang didunia'
mmg takkan hilang tapi akan terus dimundurkan...!!!
n tau tak siape yg cuba mundurkan kite?..
Nasrani n Yahudi...
dulu..
lame dulu..
bahasa Melayu merupakan lingua franca..
bahase dunia..
satu dunie pernah tahu bahasa melayu..bahkan..
walaupon 89 bahasa dituturkan kat pelabuhan Melaka..
bahasa melayu tetap jadi bahasa perdagangan...
tetap diutamakan..kemudian..
datang Barat...katenye nak berdagang..mintak tanah dari sultan MELAYU melaka..
ok dapat..n kat c2 da bermula penjajahan ke atas tanah MELAYU...!
melayu yg dulu bebas..kemudian da diasingkan..
diletak kat pedalaman..
wat kerja yg tak sesuai ngan status pemilik bumi MELAYU..!
500 tahun sudah..
mane tak hilang sifat kepahlawanan Melayu
mane tak kecut jiwa seorg anak melayu..
setelah bergenerasi dicanangkan dengan sikap mundur n berdiam diri...
itu dulu..
tapi siape kate..sume melayu cam tu...
kite contohi sowg anak melayu ni...
Tun Mahathir Mohamad
tlg bace nie..
article yg ak petik dari sebuah blog..


Sebenarnya ada satu keratan berita dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul yang tepat tidak saya ketahui.
Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.
.Maklumat ini disampaikan oleh seorang bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya ke Bosnia dahulu.

.Anda kenal mantan Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah sejarah Eropah.
Jika difikirkan secara logik, bolehke bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu, sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.
Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis
mati disembelih oleh pengganas Serbia.
Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar komando GGK.Saya tidak pasti jika kesemua yang dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.
 “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun
yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.
Mereka ini dihantar secara gelap, kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.
Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.
Mereka dihantar dengan pesawat awam (MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.
Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.
Kerajaan Turki pada masa itu hanya memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.
Ada juga laporan yang menyatakan komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai “LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando
Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.
Sebenarnya Turki dan Malaysia ini tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti “akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.
Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru dan pelbagai senjata lain.
Penyeludupan komando GGK ke dalam Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini di sempadan Turki.
Selepas dipujuk oleh wakil sebuah negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.
Malaysia juga tersangat “kamceng” dengan kerajaan Brunei malahan Sultan Brunei yang berkonspirasi dengan Tun Mahathir, menyediakan jumlah dana yang sangat besat berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.
Bekalan dan keperluan senjata yang dihantar kepada askar Bosnia juga dibuat oleh syarikat perkapalan Malaysia dan juga melalui askar-askar Malaysia yang berkhidmat dengan UNPROFOR ketika itu, sebagai jalan belakang untuk membocori dasar embargo yang dikenakan ke atas penduduk Bosnia oleh negara-negara barat yang sememangnya bersikap talam dua muka terhadap orang Islam.
Perkara ini didedahkan dalam kertas kerja yang berjudul “Intelligence and the war in Bosnia 1992 – 1995: The role of the intelligence and security services” yang disediakan oleh sebuah institut di Belanda.
Bukan itu sahaja malah terdapat laporan pegawai-pegawai tentera Bosnia dilatih di Malaysia, Iran dan pelbagai negara lain.
Kelengkapan perang askar Bosnia dihantar oleh Saudi Arabia, Kuwait, Brunei dan Malaysia
Tentera Malaysia dan Turki berterusan menghantar peralatan perang mereka kepada tentera Bosnia bernilai lebih kurang US2.5 bilion walaupun Bosnia ketika itu dikenakan embargo oleh kuasa besar.
Pemerhati barat mendakwa, kerajaan Malaysia melalui agensi risikannya berjaya mematahkan embargo Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui laluan dari pihak ketika iaitu Third World Relief Agency yang hari ini dikaitkan dengan Osama Laden.

BERIKUT MERUPAKAN CATATAN KAJIAN RISIKAN MENGENAI PENGLIBATAN PEJUANG ISLAM DI
BOSNIA
A number of countries are candidates for having supplied directly to Bosnia. Pakistan delivered equipment, as did the Sultan of Brunei, who paid for anti-tank missiles from Malaysia. In January 1993 already, a Pakistani vessel with ten containers of arms, which were destined for the ABiH, was intercepted in the Adriatic Sea.[9] Pakistan definitely defied the United Nations ban on supply of arms to the Bosnian Muslims and sophisticated anti-tank guided missiles were air lifted by the Pakistani intelligence agency, ISI, to help Bosnians fight the Serbs, an ex-ISI Chief has officially admitted in a written petition submitted before a court in Lahore. The document was submitted by Lt. General (Retd) Javed Nasir, who was head of the ISI from March 1992 to May 1993, in a case he filed against the owner and editors of the largest newspaper and TV group of Pakistan, in an anti Terrorism Court.[10] It remains unclear how the missiles were transported to Bosnia and who did it.

LAGI CATATAN :  AKU TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA CERITA INI, TETAPI ANDA SEMUA TAHU BLOG CHEDET (BLOG MAHATHIR) 

jadi melayu..
aku mintak sgt..kembalikan balik semangat yg dulu pernah ada dlm diri kite..
yg pernah mengalirnya darah pahlawan..
jgn biar anak bangsa kite dijahanamkan..
dirosakkan..
ambil lah hak kita..
kite bkn bangsa yg tertindas..
bkn bangsa yg lemah..
bkan bangsa yg tak berguna..
tapi kita..
bangsa pahlawan dunia..
takkan melayu hilang di dunia..!



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...