Semangat!

April 09, 2011

LANGKAH SEORANG DA'IE

Assalamualaikum ana ucapkan pada sume yg sudi nak menjenguk kat ruangan ana ni..
Pertamanya ana nak mengucap syukur ke hadrat Tuhan yg Mencipta..sebab sampai hari ini..
ana masih menikmati nikmatnya iman dan islam...syukran jazilan ya Rabbi..keputusan SPM yg baru keluar pon..
alhamdulillah..puas jugak hati tgk keluarga happy..walaupun agak lambat ana postkan entry nie..ana nak jugak ucap tahniah kat sahabat atas pencapaian yg da diperoleh..
Beberapa ketika tadi ana ada berborak dgn seorang Mujahid Islam..Alhamdulillah..kami banyak berkongsi cerita tentang apa yang sudah jadi dgn umat islam hari ini dan tanggungjawab kita sebagai satu umat...yakni umat Muhammad..
Menurut beliau..
Umat yg ada kat atas muka bumi hari ini mencecah 7 billion orang..n hampir 2 billionnya owg islam..maksudnya..
 seandainya mati 5 billion baki ni..semua nya ashabun nar!..yakni penghuni neraka...!nauzubillah..dan 2 billion yg tinggal nie..antum semua yakin..iman mereka teguh?, dan seandainya mati mereka..syurga untuk mereka?..ya betul..semua orang Islam akan masuk syurga..tetapi, kita nak ke hadapi neraka sebelum syurga? kenapa nak ke neraka kalau ALLAH bg kita pilihan untuk elak siksaan tu. ALLAH  sesungguhnya sayang amat terhadap hamba2-Nya..bukti?..ana nak singkap kisah nabi Ibrahim a.s..umum tahu..baginda nie ada mukjizat...yakni..
boleh melihat roh2 orang yg bermaksiat tergantung antara langit dengan bumi...maka.. tatkala baginda melihat roh2 tersebut, baginda berdoa agar Allah menghapuskan roh2 tersebut..maka ALLAH uji baginda..! macam mana? dgn mimpinya baginda menyembelih anaknya, dengan turunnya perintah ALLAH agar disembelih Ismail a.s.
ALLAH nak bagi tahu kepada Ibrahim betapa sayangnya ALLAH terhadap hambaNya..!
diriwayatkan juga..kasihnya ALLAH pada hambanya...70 kali ganda kasihnya seorang ibu terhadap anaknya..subhanallah!..
Beliau turut menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang da'ie..beliau berdakwah hingga ke luar negara (australia, indonesia,US,UK,india). kata beliau, orang2 di indonesia terutamanya, sekarang nie sedang berusaha untuk berdakwah kepada umat2 islam kat sana. tiap kali adanya majlis dakwah, pasti ramai yg datang mengesyor diri untuk turut serta. di malaysia nie, antum sume tau2 je lah, dakwahnya ada, tapi masyarakat takut nak dekat, kalau kat tempat ana nie, ada serban saje, da mule di cop al-arqam..Allah. Penangan yahudi da mula jauhkan islam dari umat. Menurut satu sumber, jumlah kes orang murtad di negeri sembilan saje da 120 lebih..
ana jugak dapat tahu, sekarang orang Kristian sedang membuat usaha yg seakan dakwah Islam di Sabah n Sarawak. mereka dikhabarkan naik basikal berkunjung dari rumah ke rumah, bagi sumbangan duit, dakyah kristian, dan akhirnya, bertambah lagi penghuni Jahannam! oleh yang demikian..ana harap sangat agar ana bleh cuba sendiri berdakwah tuk sebarkan agama syumul ni..dan ana harap..antum sume pon sekepala ngan ana, yakni nak sedarkan balik orang2 ISLAM, umat2 MUHAMMAD S.A.W. ingatlah... hari ni kite malukan muka kita tuk agama ALLAH, nanti kelak di akhirat, ALLAH akan beri kita syurga tanpa payah dihisab. kenapa kita kejar dunia yg sementara sedang akhirat yg kekal..sedangkan saudina Uthman Affan sendiri, sahabat yg dijanjikan syurga, menangis tatkala dia diperkuburan dek kerana takutkan azab ALLAH. sedarlah nikmat syurga yg menanti kita, kalau kat dunia ni kita bersusah2 sedikit melawan nafsu..kat akhirat nanti, nak makan pon tak perlu nak masak, betapa nikmatnya syurga ALLAH. seorang da'ie nie umpama seorang ahli bomba, erana ahli bomba itu tugasnya nak menyelamatkan orang dari kesusahan, sedang seorang da'ie, tugasnya nak menyelamatkan umat dari seksaan..!ingat lah..da'ie itu tugas Rasulullah, dan kalau kita tolong Rasulullah..subhanallah..insyaALLAH.. kalau ada feedback yg baik dari antum, ana akan cuba dar semasa ke semasa memperbaiki blog ana ni agar lebih nampak Islamnya..segala yg baik dari ALLAH, dan Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu...wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...