As-Syeikh
Abdul Qadir al-Jailani dalam kitab Al-Fath ar-Rabbani Wa al-Faid ar-Rahman
ada menyebutkan , bahawa taubat itu dimulai dengan hati kemudian dengan anggota
lainnya. Taubat itu menggoncang serta merobohkan kuasanya hawa nafsu, syahwat,
syaitan dan rakan-rakan yang jahat. Isi dari pengucapan ini adalah, dengan
bertaubat, dengan kembali kepada jalannya Allah, maka segala musuh-musuh zahir
dan batin bagi diri manusia bakal tunduk daripada menyesatkan.
﴿يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُواْ إِلَى
اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan Taubat Nasuha”
(Tahrim
66:8)
Ibnu
Kathir dalam kitab tafsirnya menterjemahkan taubat dalam ayat ini adalah taubat
yang kukuh yang memadamkan dosa-dosa kejahatan yang sebelumnya dan memperbaiki
kemaslahatan orang yang bertaubat, menggalakkan dan mendorong pelaku untuk menghentikan
kejahatan yang telah dikerjakan.
Adapun
taubat itu terbahagi kepada tiga kaedah:
1) Kesedaran terhadap kesan daripada dosa yang dilakukan
2) Penyesalan atas dosa yang dilakukan
3) Keazaman (Al-‘azm al-akid ) untuk meninggalkan, mengelakkan
dan menjauhi dosa yang dilakukan
Dalam
menyempurnakan taubat seseorang itu, ia mesti disertakan dengan inabah. Inabah
merupakan perlakuan kembali kepada Allah secara berterusan, tanpa menangguhkan
urusan taubat (al-Israr). Allah
berfirman dalam surah al-Furqan ayat 70,
﴿إِلاَّ مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ
عَمَلاً صَـلِحاً فَأُوْلَـئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَـتٍ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً﴾
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal
yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat)
kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani”
Inabah
terbahagi kepada dua kaedah:
1)
Meninggalkan
dosa yang dilakukan
2)
Menggantikan
dosa tersebut dengan amal soleh
Rasulullah
bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak
100 kali."
(Hadis riwayat Muslim).
Nabi
insan yang maksum, juga terlepas dari perbuatan dosa juga bertaubat setiap
waktu, maka bagaimana mungkin kita manusia biasa, yang tak pernah terlepas dari
perbuatan dosa, boleh berbangga diri dari bertaubat kepada Yang Esa.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment